Friday, July 23, 2010

Cerita bermula lagi~



(lovely mother and teacher)
19/7/2010
Pada hari ini mak saya telah dioperate sekali lagi dibahagian kecederaan di bahagian pengkalan peha
ataupun dgn nm saintifik nya.. "Avascular Necrosis"..

Pembedahan sebelum ini pada akhir bln 12 thun lpas dah brjya..n dah mula mnampakkn hasil setelalah mak dah dapat berjalan perlahan menggunakan tongkat4 dan dua...even tak perlu lg mnggunakan wheel chair..itu satu perkembanagan yg baik bg kami sekeluarga..

Tapi pengharapan demi pengharapan yang kami harapkan rupa2nya berakhir dengan dugaan buat sekali lagi...

Pada akhir bulan 5, mak mengadu sakit du bahagian pembedahannya...setiap kali pergerakan fisio yang emk buat akan menyebabkan kesakitan...dahulunya emak dapat berjalan perlahan2 ..namun sekarang sudah terlantar baring kembali...

Pada hujung bulan 6..emak dimasukkan sekali lagi di wad hospital kota bharu..dan brjumpa dngn pkar perubatan yg melakukan pmbedahan...setelah seminggu disitu...dktor membuat satu keputusan agar emak dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya...

Di HUSM, emak dibedah lagi..kerana disyaki mngandungi jangkitan kuman di bahagian pembedhan:

Jangkitan Kuman telah merebak keseluruh kawasan menyebabkan:
1) Kawasan 20 skru di bhgn pengkalan peha diliputi nanah...

2) Kuman telah menghakis mangkuk paha ..menyebabkan tulang sudah tiada.(susulan dr itu, dktr ingin buat operation sekali lg utk mngantikan tulang yg reput)

3)Kuman turut merebak kawasn pencernaan emak...(dktr telah mncuci bhgian pencernaan mak, mnyebabkan mak slalu muntah dan kurang selera makan)

Effect setelah smua yang terjadi..emak semakin kurus dan tidak lagi seceria dulu...
Pepun aku amat bersyukur..di saat2 genting emak, aku sentiasa berada di sisinya...

Emak...
Kuatnya emak mempengaruhi kami anak2 mu....
Sabarnya emak menyakinkan kami anak2mu..
senyuman mu emak memberi bahagia kami anak2 mu...

semua orang mendoakan emak sembuh ,,kuat..tabah dengan dugaan yg diberi..seseungguhnya..aku redha dengan apa dugaan yg trjadi..ak thu YG MAHA KUASA tidak kejam dan zalim..dia MAHA MENGETAHUI segala2nya...

apa yang diberikan kepada kita sebagai umatnya ada hikmahnya selepas ini..insyallh...amin..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Make Your Own Gifts Here Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!