Thursday, May 5, 2011

'I LIGHT U'

Hai..salam jummat..Tba2 tenmpak giveaway dr abg zack..
Jom join ramai2.

 'I LIGHT U'
CAHAYA UMPAMA KEBAHAGIAAN ..KETULUSAN...KEBENARAN...

Lahirnya bayi melihatnya bumi 
Indahnya cahaya menerangi duniawi
Ibu dan Ayah suka terperi 
Syukur padanya kepadamu ilahi.

Anak diberi tulis dan baca
Ada memuji ada mengata
Wahai tabahnya ibu dan bapa
Dalam memberi petunjuk cahaya

Ada Berjaya Ada yang hampa
Pabila sesat sudah berduka
Ramai menggapai mencari cahaya
Ibu dan bapa tetap setia

Pabila hati seram dan putih
Pabila jiwa kacau dan pedih
Kemana kita mahu merintih
Padamu TUHAN yg aku pilih.

Cahaya kebenaran memberi kekuatan
Berdiri teguh diambang kejahilan
Cinta sejati cahaya pegangan
Yang lahir dari penuh ketulusan..

~KETULUSAN LAHIR DARI CAHAYA KEBENARAN~

4 comments:

  1. selamat malam dik

    chaiyok2
    all the best ya, kak doakan kamu berjaya..

    ReplyDelete
  2. salam...
    terima kasih join GA abg eq...
    abg eq dah linkkan kat blog..

    ReplyDelete