Sunday, July 22, 2012

Mimpi Bulan Ramadhan Yang Lalu..

Salam pagi isnin....
Jap lg nk bersiap2 g sekolah...
Sempat post sesuatu...tiba2 teringat dan terkenang....
Alhamdulillah berjumpa lg ramadhan...dah 3 hari aku berpuasa...X sangka dah hampir genap 1 tahun, kisah ini berlalu....

..Subhanallah....

Cerita ni..aku kenang dan ingat sampai bila2..aku cerita kat blog, 
supaya..ia tidak hilang dr ingatan ku...smga ia mnjdi kenangan pahit dan manis...

Pada minggu terakhir bulan ramadhan ..tahun lepas 2011, aku telah bermimpi...

............Aku di padang pasir yang luas...aku mencari haluan untuk keluar....tiba2 aku nampak banyak pintu.....Bila aku buka satu pintu...terus......keluar seekor ular HITAM dari timbunan pasir....Aku di patuk ular HITAM di kaki kiri ku...................

..Kalau di imbas kembali detik2 mimpi, aku boleh ingat lagi satu persatu....Ia terjadi sebelum pukul 5 pagi, (sebab selepas aku tersedar aku terus bersahur)....Selepas aku tersedar...Aku terkejut..dengan kaki aku tersentak naik ke atas.....Aku beristigfar panjang..hati sudah tidak tenteram....

Esokkan pagi..Aku rasa tidak tenang.....Aku pendamkan lagi rasa yang tidak tenang....Aku call adik aku 'acik"..bagitau yang hati aku tidak tenang selepas mimpi itu....Aku tak menceritakan kepada sesiapa kecuali adikku dan ustazah di sekolah.....

Adik aku mulai risau...Aku akan balik kampung dr johor bersama teman untuk pulang beraya....Adik aku berkali2 menelefon dan mendoakan aku...Aku cakap..Insyallah tak apa2....

Aku ada bertanya ustazah di sekolah..Apakan tafsiran mimpi begini...Katanya ada perkara yang buruk akan berlaku...Ataupun sihir..dan  ada peminangan berlaku...
...Terlintas pelbagai andaian di kepala ku....Bila teringat saat itu bulan ramadhan, bukan mainan syaitan ....Tetapi Aku yakin dan aku Berserah KepadaNYA...
IA yang menduga kita, IA juga memberi petunjuk kepada kita...

Setelah lama aku termenung...
rupanya2 ia petunjuk buat ku..tanpa aku sedari...:

1) Aku dan teman2 mengalami kemalangan di saat balik kampung pada 2 hari sebelum hari raya...

aku bersyukur..aku dan teman di beri peluang kedua untuk melihat dunia ALLAH  ini lagi..
Teringat pada malam itu, ayah mengatakan mak menangis...Sebab mak sudah merasainya
Selepas kejadian itu...Keluarga terbuka hati untuk menerima suami ku sekarang dengan seadanya.....

2. Atukku yang dikasihi...Arwah Azizah Bt mohammad telah menghembuskan nafas pada pukul 4.45 petang 4hb Oktober 2011....Alfatihah....
Dua Minggu sebelum arwah tiada..Aku sempat mendengar suara dan rintihan arwah...ucapan terakhir katanya...
Dia minta aku berkahwin dengan abang aku sama hari....Itulah kata2nya dan macam2 impiannya...

3.Aku telah bertunang pada bulan 12 dan berkahwin pada bulan 3...Alhamdulillah, dipermudahkan.

kadang2 mimpi yang jarang kita dapat mungkin mempunyai makna...
Aku terfikir mimpi itu, sebab aku ni jenis tido jarang bermimpi Dan susah nak bermimpi.....

ALLAH ini maha kaya...
Apa akn jadi dengan diri hamba ini dan keluarga...
Kita tidak tahu...
Sayangi lah diri sementara di beri peluang...Dan sentiasa memperingati diri ini untuk Ingat pada NYA..

Selamat meneruskan puasa untuk semua..
semoga puasa dan ibadat kita akan diterima olehNYA..
amin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Make Your Own Gifts Here Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!